SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Rendah Pekan Tuaran adalah nama terbaru bagi sekolah ini dengan bangunan barunya yang mana perasmiannya dilakukan oleh Yang Berhormat Encik Anwar Haji Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia pada hari ini 15hb april, 1985 (isnin)
Sejak sekolah ini diwujudkan oleh Chartered Company dalam tahun 1935, ia telah mempunyai nama yang sentaisa diubah mengikut perkembangan zaman seperti berikut:-

  •  G.V.S Tuaran: (GOVERNMENT VENUCULAR SCHOOL TUARAN) di bawah tadbiran chartered company sebelum perang dunia kedua.
  • G.P.S Tuaran: (GOVERNMENT PRIMARY SCHOOL TUARAN) di bawah tadbiran pemerintah british , british ambil alih dari tangan jepun apabila jepun menyerah kalah perang dunia kedua 1945.
  • S.R.K PEKAN TUARAN: (sekolah rendah kerajaanpekan tuaran) di bawah tadbiran negeri sabah.
  • S.R.K PEKAN TUARAN : (SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PEKAN TUARAN) di bawah tadbiran kerajaan persekutuan
  • S.R PEKAN TUARAN: (SEKOLAH RENDAH PEKAN TUARAN) di bawah tadbiran kerajaan persekutuaan
 
Pemerintah jepun juga pernah menggunakan bangunan sekolah ini semasa ia memerintah BORNEO UTARA SABAH dan anak tempatan diajar dalam aliran bahasa jepun. ini berlaku dalam tahun 1941.
 
Dari tahun 1935 hingga 1960 murid-murid hanya berpeluang mendapat pelajaran hingga ke peringkat yang paling tinggi ketika itu iaitu DARJAH 5. mereka yang lulus ditawarkan perkejaan sebagai kerani, guru dan lain-lain.
 
Walaupun pengajian hanya takat darjah 5 sahaja tetapi ramai juag murid-murid lepasan sekolah ini yang menyandang jawatan yang penting seperti:-
 
  1. (Allahyarham) menjadi - Tun Mohd Hamdan Abdulah, iaitu Yang di-Pertua negeri Sabah ke-4
  2. (Bersara tamat perkhidmatan) - Tuan Haji Mohd.Aslie Haji Luttah. Bekas Pegawai Pelajaran, Sandakan.
  3. (Dalam perkhidmatan) - Encik Bagong Unto. Ketua Anak Negeri Daerah Tuaran.
  4. (Dalam perkhidmatan) - Encik K.K. Inding Balating.Ketua Anak Negeri Daerah tuaran
  5. (Dalam perkhidmatan) - Tuan Haji Jeman Bakri. Ketua anak negeri daerah Tuaran.

dan beberapa lagi yang lain yang menyandang jawatan yang penting dalam pentadbiran kerajaan, swasta, kepimpinan masyarakat di daerah Tuaran dan di Malaysia amnya.
 
Pada mulanya sekolah ini di buka olah Chartered Company dalam tahun 1935 hanya 2 buah bilik darjah dalam satu bangunan, seramai 45 ornag murid semuanya lelaki berpeluang belajar dan umur ketika itu ialah 15 tahun dalam darjah 1. Ramai ibu-bapa yang tidak mahu menghantar anaknya ke sekolah kerana berbuat demekian akan memisahkan hubungan antara ibu-bapa dan anak.Pekara yang paling ditakuti oleh ibu-bapa jika menyekolahkan anaknya ialah anak mereka akan dijadikan askar (mata-mata) chartered company dan pemerintah British. Pekerjaan ini dianggap sangat berbahaya
 
Senarai Guru-guru Besar yang pernah bertugas (1935-1985)
  1. Encik Mohd.Harris Arshad
  2. Encik Said Bulat
  3. Encik Busu Ahmad
  4. Encik Muhammad Yaakub
  5. Tuan Hj. Baba Salleh
  6. Encik sud Jahari
  7. Datuk a.Rahman Bernawi
  8. Encik Jalumin Jahali
  9. Puan Azizah Lakim
  10. Encik Payus Malujin
  11. Encik Mohammad Nin Jali
  12. Encik Hamzah Sukam
  13. Encik Derin Omar
  14. Tuan Hj. Ghulamddin Labdin
  15. Encik Bahrum Kawi
  16. Encik Hussin Shaadi
  17. Encik Adb. Hamid Abdillah
  18. Encik Thomas Jikah
  19. Encik S. Patrick Limy
  20. Encik Balus Dulaji